Welcome to my site! thanks for visit mine
contengan jari

Saturday, December 17, 2011

tanya sama hati. 1


     Aku selalu mengimpikan perhatian daripada orang di sekelilingku. Kerana aku bosan diabaikan, dipinggirkan dan tidak dihiraukan. Sewaktu aku dijaga oleh keluarga angkatku, aku tak pernah memakai pakaian yang cantik-cantik, makan makanan yang sedap-sedap dan aku juga tidak diajar erti kebebasan. Sahabat usia remajaku adalah tangisan dan kelukaan.

     " Kau jangan nak curi-curi makan dalam rumah ni. Kalau aku tau, nahaas kau!" jerkahan Marina, ibu angkatku. Itulah amaran yang selalu menjadi halwa telingaku. Namun pada suatu hari, aku tidak dapat membendung rasa laparku dan aku risaukan penyakit gastrikku menyerang. Belum sempat aku mengambil sepotong kek coklat di dalam fridge, aku merasakan belakang badanku sakit. Apa yang aku sempat lihat adalah insan yang aku panggil mama itu sedang bercekak pinggang dan sebelah tangannya memengang tali pinggang suaminya.

     " Kau ni memang degilkan? Aku dah bagi amaran tapi kau tak nak dengar. Sekarang kau terimalah akibatnya." marah mama sambil melibas tubuhku dengan tali pinggang tersebut sekuat hatinya. Malang nasibku kerana tiada orang lain yang berada di rumah ini kecuali aku dan mama. Papa dan Daniel Izzani keluar bekerja. Ketika itu aku hanya mampu menangis.

     Malam itu aku hanya menguncikan diri di dalam bilik. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk kuat.
" Hoi Farah! bukak pintu ni!" jerit Daniel dari luar. Aku menggigil ketakutan. Aku mencapai selimut lantas menutup seluruh tubuhku. " Baik kau bukak pintu ni sebelum aku pecahkan!"jerit Daniel lagi. Apabila aku jtidak memberikan respon yang diinginkannya, pintu bilikku terasa dihentam dengan kuat. Denyutan jantungku seakan terhenti bila aku seakan ternampak bayang seseorang di dalam bilikku.

     " Betul la kata mama kau ni memang degil. Sekarang ni aku nak ajar kau pulak," aku seakan ternampak senyuman sinis Daniel di hadapanku. Bayangan tubuh Daniel semakin menghampiri katilku sambil menanggalkan pakaian yang dipakainya. Aku semakin bimbang dengan situasi ini.

     " Sayang...abang datang ni. Eh, sayang takut dengan abang ke?" suaranya amat menakutkanku. Tiba-tiba selimut yang melindungiku direntap  kasar. " Kenapa sayang duduk dalam selimut ni? Dah tak sabar ke? Laa. kenapa sayang tak bukak baju lagi? Sini abang tolong bukakkan," ujarnya sambil terus mendekatiku. Dia memegang bahuku dengan kuat. Ketika dia memelukku, aku menjerit kuat kerana aku dapat merasakan nafas hangat di leherku. Aku hanya mampu berdoa agar aku selamat dari cengkaman Daniel. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang menjalar menuruni bahuku dan ternyata aku tidak mempunyai kekuatan untuk membuka mata. Terasa tangan sasa Daniel memegang tanganku dengan lembut.

      " Hei Farah. Sejuknya tangan. Farah takut dengan abang ke? hahaha," ketawa Daniel pecah. Perlahan aku membuka mata dan apa yang aku lihat adalah senyuman Daniel yang sememangnya mampu menawan hatiku dari dulu. Apa yang dibuka Daniel tadi rupanya jaket hitam kegemarannya. Aku menarik nafas lega. " Farah, duduk sini sebelah abang. Abang janji tak buat apa-apa kat Farah," ujarnya sambil mengenyitkan mata. 'Macam playboy dah aku tengok dia ni!' getus hatiku.

     " Farah, sebenarnya abang takde niat pun nak buat Farah takut. Ni semua rancangan mama. Farah maafkan abang ye?" pinta Daniel tulus. Aku terharu dengan kebaikan yang dihulurkan oleh Daniel Izzani. Jika aku bukan seorang Farah Zulaikha yang dipelihara oleh keluarga ini,dah tentu aku akan memilih Daniel Izzani sebagai kekasih hatiku.

maaf -_-'


saya delete semua cerita kat sini.
sebab saya tak tau nak sambung. -_-'
sedih gak la. but, maybe next time. oke?
ni ade new story.
quite interesting (for me la )
hope y'all enjoy this.
 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected